Monday, 27 April 2009
Kursus EDUWEBTV
Selasa 28.04.2009 Kursus dalaman( In House Tranning) mengenai EDUWEBTV akan diadakan pada hari ini, Cik Nurhasanah binti Shamsudin akan menjadi fasilitator bagi kursus ini, beliau begitu teruja dan bersemangat untuk memberi pendedahan tentangan EDUWEBTV ini kepada rakan-rakan guru yang lain. Pihak PSS SKLU mengucapkan selamat berkursus kepad semua guru-guru.
Wednesday, 22 April 2009
Majlis Perpisahan
Khamis,23 April 2009. Satu majlis perpisahan telah diadakan hari ini sempena tamatnya perkhidmatan guru ganti- Cik Mazhaniza. Beliau telah menggantikan Pn. Latifah yang cuti bersalin. Pn. Latifah akan kembali ke sekolah mulai esok.
Tuesday, 21 April 2009
Sejarah SKLU
Sekolah Kebangsaan Legong Ulu telah didirikan pada 31 Mei 1947. Bangunan asal sekolah ini terletak kira-kira 50 meter dari bangunan yang ada pada masa sekarang. Bangunan asal sekolah ini diperbuat daripada kayu dan beratapkan daun rumbia yang didirikan hasil kerja gotong-royong penduduk kampung Legong Ulu memandangkan pada masa tersebut tidak terdapat sekolah yang berdekatan untuk anak-anak penduduk kampung meneruskan pendidikan. Bangunan ini pada mulanya mengandungi 6 buah bilik darjah bagi menampung murid-murid dari Darjah 1 hingga 6.
Bilangan asal murid sekolah ini seramai 100 orang yang terdiri dari anak-anak penduduk Kampung Legong Ulu dan kampung berdekatan. Bilangan guru di sekolah ini pada asalnya ialah seramai 6 orang yang diketuai oleh Guru Besar pada masa itu iaitu En. Jonet b. Ngah yang bertugas dari tahun 1947 – 1950.
Pada tahun 1953, bangunan yang telah didirikan telah runtuh akibat ditiup angin yang kuat. Murid – murid tahun 4, 5 dan 6 telah ditempatkan sementara di dalam hutan yang berhampiran manakala murid – murid tahun 1, 2 dan 3 telah ditempatkan di balai raya kampung ini. Walaubagaimanapun, bangunan baru telah dibina untuk menggantikan bangunan yang roboh dan telah siap pada tahun 1968. Bangunan tersebut telah dirasmikan oleh Undang Luak Rembau di bawah kelolaan 11 orang Guru Besar sehingga tahun 2009.
Pada tahun 2009 SKLU telah menerima sebuah bangunan baru empat tingkat daripada JKR. Pada tahun 2018, bilangan murid-murid sekolah ini adalah seramai 63 orang yang terdiri dari tahun 1 hingga tahun 6 dan guru seramai 11 orang.
Misi dan Visi
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
MISI SEKOLAH
"Melestarikan Sisitem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
Pembukaan Bangunan Baru
Pada Awal bulan Mac yang lepas SK Legong Ulu menerima bangunan baru dari JKR. Bangunan baru yang menjadi buah mulut di kalangan warga pendidik itu telah rasmi digunakan setelah pihak sekolah mengadakan majlis kesyukuran dan solat maghrib berjemaah bersama PIBG dan penduduk setempat
Kursus Blog
Pada 21-22 April 2009, En. Norli bin Masngut telah mengikuti kursus membina Blog PSS, Beliau telah mewakili Pn. Latifah yang sedang sedang bercuti
Subscribe to:
Posts (Atom)