~Tik Tok Tik Tok~

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 27 October 2018

HARI JOGATHON, HARI USAHAWAN & HARI SUKAN TAHUNAN 2018

Tarikh : 13 Oktober 2018 (Sabtu)
Tempat : Padang SK Legong Ulu

Acara Lompat Jauh

Acara Lontar Peluru

Acara Sukaneka

Sesi Menghias Khemah Rumah Sukan

Penerima Cabutan Bertuah

3 Rumah Sukan yang ceria

Pemenang Acara 50m bawah 8 tahun

Pemenang Acara 4x100m Jemputan

Lagi Penerima Cabutan Bertuah

Tahniah kepada Penerima Cabutan Bertuah

Monday, 9 May 2016

Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2016

Seramai 4 orang murid dan 2 orang guru telah menyertai Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2016 bertempat di MAEPS, Serdang pada 5 Mei 2016 (Khamis) lalu. Kami menaiki Tren Komuter KTMB ke Stesen Serdang dan seterusnya menaiki 'shuttle bus' ke lokasi pesta.










Tuesday, 15 September 2015

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA 2015

Unit Lawatan HEM SKLU telah mengadakan Program Lawatan Sambil Belajar ke Melaka pada 12 September 2015 yang lalu. Seramai 28 orang murid dan 6 orang guru telah mengikuti lawatan tersebut. Destinasi lawatan termasuklah A'Famosa Resort Safari Wonderland dan The Shore Oceanarium. Pelbagai aktiviti menarik dapat diikuti dan aneka pengalaman telah diperoleh sepanjang lawatan tersebut. Terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjadikan lawatan kali ini suatu kejayaan!!



















Wednesday, 29 April 2015

norma baru guru pendidikan islam.

PEJABAT PELAJARAN DAERAH REMBAU: TAKLIMAT SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 2/2015: NOR...: Tarikh : 16 April 2015 (KHAMIS) Masa :  Jam 8.00 pagi Tempat: Auditorium Dato' Mohd Noor SMKUR Semua Guru Besar, PK 1 dan Ketua Panit...

Monday, 27 April 2009

Kursus EDUWEBTV

Selasa 28.04.2009 Kursus dalaman( In House Tranning) mengenai EDUWEBTV akan diadakan pada hari ini, Cik Nurhasanah binti Shamsudin akan menjadi fasilitator bagi kursus ini, beliau begitu teruja dan bersemangat untuk memberi pendedahan tentangan EDUWEBTV ini kepada rakan-rakan guru yang lain. Pihak PSS SKLU mengucapkan selamat berkursus kepad semua guru-guru.

Wednesday, 22 April 2009

Majlis Perpisahan

Khamis,23 April 2009. Satu majlis perpisahan telah diadakan hari ini sempena tamatnya perkhidmatan guru ganti- Cik Mazhaniza. Beliau telah menggantikan Pn. Latifah yang cuti bersalin. Pn. Latifah akan kembali ke sekolah mulai esok.

Tuesday, 21 April 2009

Sejarah SKLU

Sekolah Kebangsaan Legong Ulu telah didirikan pada 31 Mei 1947. Bangunan asal sekolah ini terletak kira-kira 50 meter dari bangunan yang ada pada masa sekarang. Bangunan asal sekolah ini diperbuat daripada kayu dan beratapkan daun rumbia yang didirikan hasil kerja gotong-royong penduduk kampung Legong Ulu memandangkan pada masa tersebut tidak terdapat sekolah yang berdekatan untuk anak-anak penduduk kampung meneruskan pendidikan. Bangunan ini pada mulanya mengandungi 6 buah bilik darjah bagi menampung murid-murid dari Darjah 1 hingga 6. 

Bilangan asal murid sekolah ini seramai 100 orang yang terdiri dari anak-anak penduduk Kampung Legong Ulu dan kampung berdekatan. Bilangan guru di sekolah ini pada asalnya ialah seramai 6 orang yang diketuai oleh Guru Besar pada masa itu iaitu En. Jonet b. Ngah yang bertugas dari tahun 1947 – 1950.

Pada tahun 1953, bangunan yang telah didirikan telah runtuh akibat ditiup angin yang kuat. Muridmurid tahun 4, 5 dan 6 telah ditempatkan sementara di dalam hutan yang berhampiran manakala muridmurid tahun 1, 2 dan 3 telah ditempatkan di balai raya kampung iniWalaubagaimanapun, bangunan baru telah dibina untuk menggantikan bangunan yang roboh dan telah siap pada tahun 1968. Bangunan tersebut telah dirasmikan oleh Undang Luak Rembau di bawah kelolaan 11 orang Guru Besar sehingga tahun 2009. 

Pada tahun 2009 SKLU telah menerima sebuah bangunan baru empat tingkat daripada JKR. Pada tahun 2018, bilangan murid-murid sekolah ini adalah seramai 63 orang yang terdiri dari tahun 1 hingga tahun 6 dan guru seramai 11 orang.